Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Sesi Mentor-Mentee Program Jalinan Siswa-Komuniti “Meh Kenal Sama Kita, Baba Nyonya!”

October 12, 2019 @ 9:00 am - 12:00 pm

KITA dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur & Selangor (PPBNKLS) dan Pusat Citra UKM (CITRA) akan menganjurkan Sesi Mentor-Mentee sebagai sebahagian daripada Program Jalinan Siswa-Komuniti “Meh Kenal Sama Kita, Baba Nyonya!” dengan ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa: 9 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Dewan Besar, Aras 2, Blok Pentadbiran, Kolej Keris Mas, UKM Bangi

Pada sesi mentor-mentee berkenaan, para peserta yang terdiri daripada 325 orang pelajar prasiswazah yang mengambil kursus LMCW2173 Hubungan Etnik daripada empat set terpilih akan diberi pengenalan dan pendedahan kepada komuniti Baba dan Nyonya yang merupakan kajian kes projek sebagai sebahagian daripada tugasan yang ditetapkan untuk penilaian kursus berkenaan bagi semester ini. Mentor-mentor adalah terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang merupakan ahli PPBNKLS yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam pelbagai aspek sejarah, kebudayaan dan warisan Peranakan Baba Nyonya. Dengan ini, program berkenaan diharap dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar UKM khasnya yang mengambil kursus Hubungan Etnik, untuk mengenali komuniti Baba dan Nyonya dalam konteks wadah warisan dalam kerukunan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Details

Venue

  • Dewan Besar Kolej Keris Mas
  • Aras 2, Blok Pentadbiran, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Bangi, Selangor 43600 Malaysia

Organisers

  • Institute of Ethnic Studies (KITA)
  • Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur & Selangor (PPBNKLS)
  • Pusat CITRA, Universiti Kebangsaan Malaysia