Pelantikan sebagai Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, 1 Ogos 2022

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Felo Utama KITA Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong sebagai Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) untuk tempoh dua tahun mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Julai 2024.

Semoga beliau terus cemerlang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi.