Anugerah Bitara Tokoh UKM (Akademik), 23 Ogos 2022

Setinggi-tinggi tahniah buat Pengarah Pengasas KITA Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, FASc, yang telah merangkul Anugerah Bitara Tokoh UKM (Akademik) seperti yang diumumkan pada Majlis Anugerah Bitara UKM 2022 (penilaian 2021) yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, 23 Ogos 2022.

Semoga kejayaan ini bakal memberikan inspirasi kepada seluruh warga KITA dan UKM untuk terus cemerlang.