Aturan semula tugas pegawai di KITA – En. Ahmad Zulhakimi Hassim, 24 Januari 2024

Seperti sedia maklum, KITA telah dianugerahkan Kursi Tun Dr Ismail pada 2 Ogos 2023. Kursi ini memberi tumpuan kepada penyelidikan berdasarkan perpaduan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan perpaduan di Malaysia. Ia juga menjadi kunci ke arah pengumpulan bahan-bahan kajian, penerbitan, dan filem yang berbentuk analog dan digital bagi membina koleksi perpaduan setara dengan koleksi Asia Tenggara di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan KITA pada 19 Januari 2024 telah bersetuju mengatur semula tugas Encik Zulhakimi Hassim (Pegawai Penyelidik Sosial KITA) dengan memberi tumpuan kepada pengoperasian Kursi Tun Dr Ismail dan kegiatan berkaitan penyelidikan di KITA berkuatkuasa mulai 1 Februari 2024.