Bengkel Audit Kendiri Bersama KUALITI-UKM, 23 Julai 2025

Pada 23 Julai 2025 (Rabu), KITA telah menganjurkan Bengkel Audit Kendiri bersama KUALITI-UKM di Bilik Mesyuarat Keris Perdana di Aras 3, Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas, dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, panduan dan penjelasan berkaitan proses audit kendiri di bawah skop Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP).
Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Shazlin Amir Hamzah dan dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Malina Jasamai, Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan Kualiti), KUALITI-UKM. Bengkel telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah KITA Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid dan dihadiri oleh semua pemilik proses kerja dan staf KITA yang terlibat dalam SPKPPP.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, dan SDG16.

Album foto: klik di sini