Bengkel Pengenalan Program Pengajian Sarjana Pentadbiran dan Hubungan Antarabangsa, 1-2 April 2026

Satu bengkel pengenalan Program Pengajian Sarjana Pentadbiran dan Hubungan Antarabangsa (Master in Public Administration and International Relations, MPA-IR) telah dijalankan di Hotel Doubletree by Hilton, Johor Bahru, Johor pada 1 dan 2 April 2026 (Rabu & Khamis). Bengkel tersebut bertujuan untuk memperkenal dan memberi pendedahan awal kepada kakitangan kerajaan negeri Johor tentang program pengajian baharu peringkat sarjana dalam mod kerja kursus yang akan ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Institut Kajian Etnik (KITA) tidak lama lagi. Delegasi KITA diketuai oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang memberi penerangan tentang matlamat dan rekabentuk program pengajian secara umum, diikuti dengan penerangan mengenai kursus-kursus oleh felo-felo KITA yang terlibat dalam program pengajian tersebut sebagai penyelaras kursus, tenaga pengajar atau penyelia.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4.

Galeri foto: klik di sini (Facebook KITA)