
Tahniah buat juara bertahan Institut Kajian Etnik (KITA) yang telah memenangi Pertandingan Menghias Pejabat (Kategori Institut) sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat UKM yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 2023. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka ke-66 peringkat UKM yang telah berlangsung di Dataran Panggung Seni pada 30 Ogos 2023.