Pada 24 Mac 2018, Felo Utama KITA Prof. Dr. James Collins dan Felo Kanan ATMA Prof. Madya Dr. Chong Shin telah berada di Kampung Sepa, Maluku di Indonesia untuk menjalankan pemerhatian ke atas penggunaan kad imbas (flashcards) dan buku mewarna dalam bahasa Sepa di kalangan kanak-kanak, serta pertandingan bercerita dalam bahasa Sepa di kalangan pelajar sekolah menengah. Program ini adalah sebahagian daripada projek pelestarian bahasa daerah tajaan Toyota Foundation.



