Kunjungan delegasi AEGIS Research ke KITA, 20 Julai 2026

Pada 20 Julai 2026 (Isnin), KITA telah menerima kunjungan delegasi AEGIS Research. Kunjungan tersebut antara lain berkisar kepada perbincangan potensi kerjasama strategik antara kedua organisasi dari segi akademik, penyelidikan dan perundingan. Delegasi AEGIS Research yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif Dr. Nurfarhana Che Awang, Penasihat Pengurusan Strategik Tuan Adrian Anthony Pereira, Pengurus Korporat, Kewangan dan Pengurusan Pentadbiran Pn Akmar Bakar, Pegawai Eksekutif Pengurusan Korporat Tuan Zhameir Shafiz Mohd Illias A.M.P., Pegawai Media dan Komunikasi Cik Sabrina Idilfitri, Felo Penyelidik Dr. Abang Mohd Razif Abang Muis dan Felo Penyelidik Dr. Noraida Abd Wajob, telah disambut mesra oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, wakil-wakil pengurusan dan pentadbiran KITA iaitu Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Zaini Othman, Ketua Jaminan Kualiti Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah dan Pengurus Kursi Tun Dr. Ismail Dr. Ramze Endut, serta wakil-wakil felo KITA.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.


