Kunjungan delegasi APTNJ ke KITA, 22 Julai 2026
Pada 22 Julai 2026, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM telah menerima kunjungan strategik pihak Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) dalam usaha memacu kecemerlangan pendidikan tinggi para pegawai pentadbiran negeri Johor khususnya. Delegasi APTNJ yang terdiri dari Pn. Nurul Izzah Mohd Zober (Pengurus Pembangunan Perniagaan), En. Muhammad Syafiq Mohamad Daud (Pengurus Kluster Perundingan dan Penyelidikan) dan En. Muhammad Zulfadhli Ishak (Penolong Setiausaha Pembangunan Sumber Manusia) telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Zaini Othman selaku wakil pengurusan. Selanjutnya, Dr. Zaini telah mempengerusikan satu sesi perbincangan dua hala yang menyentuh penerokaan pelbagai peluang penawaran program Sarjana, kesediaan penajaan biasiswa khusus, serta pendedahan kursus interdisiplin merentas institusi. Sesi pertemuan dan perbincangan ini turut disertai oleh Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah, Penyelaras Program Siswazah KITA Dr. Shazlin Amir Hamzah, Ketua Pentadbiran KITA Pn. Nor Eloni Nor Azmi dan Pn. Noorrulhawa Abu Bakar selaku wakil pentadbiran dan urusetia.
Kerjasama erat ini membuktikan komitmen berterusan KITA dan APTNJ dalam melahirkan kepimpinan awam berimpak tinggi, disusuli dengan sesi pendedahan program yang bakal dibawakan khas ke Johor tidak lama lagi.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.



