Kunjungan Delegasi FKIP Universitas Jambi ke KITA, 26 Ogos 2026

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), Institut Kajian Etnik (KITA), UKM telah menerima kunjungan hormat dan jaringan akademik delegasi dari Fakultas Keguruan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Jambi, Indonesia. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk menyemarakkan jaringan akademik antara kedua pihak menerusi perbincangan kerjasama strategik yang merangkumi mobiliti/bengkel staf dan pelajar, penerbitan dan penyelidikan. Sesi lawatan ini selanjutnya telah diikuti dengan sesi Siri Wacana KITA Bil. 2/2026 bertajuk “‘Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah’ dan ‘Syarak Mengato, Adat Memakai’: Studi Kekerabatan Etnolinguistik dalam Adagium Melayu Jambi-Malaysia” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Supian, S.Ag., M.Ag. Dekan dan ketua delegasi FKIP, Universitas Jambi.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.