Lawatan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) ke KITA, 23 April 2025

Pada 23 April 2025 (Rabu) KITA menerima lawatan delegasi Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) seramai lima (5) orang dan diketuai oleh Pengurus Pentadbiran, Kewangan & Sumber Manusia APTNJ Encik Muhammad Syafiq Mohamad Daud. Tujuan lawatan adalah untuk menghadiri sesi Mesyuarat Penyelarasan Program Sarjana Pentadbiran Awam & Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Turut hadir bersama-sama pada mesyuarat tersebut termasuklah Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Shazlin Amir Hamzah, Penyelaras Program Siswazah KITA Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah dan Ketua Penolong Pendaftar Kanan KITA En. Mohd. Faris Ngadinin @ Adinin.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.

Klik pada pautan Album di sini.