Majlis Sambutan Ulang Tahun Institut Kajian Etnik (KITA) ke-19, 8 Oktober 2026

Majlis Sambutan Ulang Tahun Institut Kajian Etnik (KITA) ke-19 telah diadakan pada 8 Oktober 2026 (Khamis) atas cetusan idea Ketua Pentadbiran KITA Pn. Nor Eloni Nor Azmi untuk meraikan ulang tahun penubuhan, perjalanan dan pencapaian KITA sebagai satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang komited kepada kajian tentang etnik dan etnisiti.

Majlis tersebut telah berlangsung secara santai namun cukup meriah dengan kehadiran warga KITA dahulu dan sekarang, diselangi sesi-sesi perkongsian tentang perjalanan ilmu di KITA oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (Profesor Kehormat KITA & mantan Felo Penyelidik Utama KITA), dan memori di KITA dan pengalaman bersama Prof. Ulung oleh En. Ruhan Shahrir Abdul Halim (penyelidik bebas & mantan Felo Penyelidik KITA) dan Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff (Felo Utama KITA). Majlis disusuli dengan ucapan ringkas daripada Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin selaku Pengarah Pengasas KITA dan diikuti dengan sesi doa selamat oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Zaini Othman sebelum diakhiri dengan sesi memotong kek pulut kuning, sesi bergambar dan jamuan ringan.

Pihak pentadbiran KITA selaku penganjur ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan warga KITA dan tetamu yang telah meluangkan masa menghadiri dan memeriahkan lagi majlis ini: Datuk Salmah Abu Mansor, Pn. Zanariah Ismail, En. Ahmad Adzhar Abu Hassan, En. Ruhan Shahrir Abdul Halim, En. Mohd. Faris Ngadinin @ Adinin, Cik Najatulmuna Hamdan, Pn. Melor Suria Minhat, Cik Phoon Li Juan @ Roovasini, Prof. Dr. Mayumi Ishikawa, dan semua yang tak tertulis di sini. Tidak ketinggalan, berbanyak terima kasih kepada seluruh warga KITA yang telah terlibat dalam penganjuran majlis ini dalam pelbagai kapasiti.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG2 dan SDG3.

Galeri gambar: klik di sini (Facebook KITA)