Pelajar KITA di Global Citizenship Program, Kansai University, Jepun, 1-11 Julai 2026

Syabas dan tahniah buat Saudari Kuroshini a/p Sathurugnan Saravanan (P159505) dari Program Sarjana Pengajian Etnik kerana terpilih untuk mengikuti Global Citizenship and Capabilities for Societies 5.0 Program di Kansai University, Jepun, dari 1hb hingga 11hb Julai 2026. Program tersebut merupakan satu program jangka pendek yang mendedahkan para peserta kepada kurikulum program yang memupuk kompetensi silang budaya, kemahiran kepimpinan global dan kerja berpasukan peringkat antarabangsa.

Nota: menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG17.