Pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Semakan Garis Panduan Pelajar PhD Melalui Saluran Pantas (Fast Track), UKM, 15 Mei 2026

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Ketua Jaminan Kualiti dan Felo Penyelidik KITA Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah, atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Semakan Garis Panduan Pelajar PhD Melalui Saluran Pantas (Fast Track), UKM, mulai 15 Mei 2026 sehingga garis panduan ini diluluskan oleh Senat dan dikuatkuasakan. Semoga Dr. Atiqah terus cemerlang dalam menyumbang kepada KITA, UKM dan negara.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, dan SDG16.