Pelantikan sebagai Pakar Rujuk Pelan Tindakan PBM2035, 19 September 2024

Seluruh warga KITA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pelantikan sebagai Pakar Rujuk Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 (Pelan Tindakan PBM2035) Sesi 2024/2025 berkuat kuasa mulai 19 September 2024.

Semoga Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG10, SDG16 dan SDG17.