Pelantikan sebagai Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembaharuan (UMLEAD), Universiti Malaya (UM), 2 Februari 2023

Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA), UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Felo Utama KITA Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff yang telah dipinjamkan ke Universiti Malaya (UM) untuk menerajui Pusat Kepimpinan dan Pembaharuan (UMLEAD) selaku Pengarah dari 2 Februari 2023 hingga 1 Februari 2026.

Semoga Datuk Dr. Anis terus cemerlang menyumbangkan kepakaran demi masyarakat dan negara.