Pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi JK Penasihat Modul Mata Pelajaran Pengajian Umum KPT, 21 April 2025

Seluruh warga Institut Kajian Etnik (KITA), UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, FASc, atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Modul Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuatkuasa mulai 21 April 2025. Kursus-kursus wajib di bawah MPU melibatkan enrolmen pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di peringkat pengajian sijil, diploma dan sarjana muda di seluruh negara dengan anggaran kasar enrolmen sekitar satu juta orang setiap tahun, menjadikannya antara satu daripada tapak integrasi dalam sistem pendidikan yang paling meluas dan strategik dalam membina jati diri dan kesepaduan nasional dalam kalangan belia di Malaysia.

Semoga Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul AB terus cemerlang menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.