Institut Kajian Etnik (KITA) melalui Pegawai Pemeriksa Aset dan Pegawai Aset telah selesai menjalani Pemeriksaan Kendiri Harta Modal (KEW.PA-10) dan Inventori (KEW.PA-11) bagi tahun 2026 pada Oktober 2026. Hasil daripada maklumbalas laporan pemeriksaan kendiri tersebut, keadaan aset alih di KITA telah disahkan oleh Unit Pengurusan Aset, Bahagian Aset, Jabatan Bendahari UKM sebagai berada di tahap cemerlang dengan markah sebanyak 99% dan dianugerahkan penarafan 5 bintang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga KITA yang bertungkus-lumus sepanjang proses persediaan menghadapi pemeriksaan kendiri berkenaan. Semoga dengan ini pengurusan harta modal dan inventori di KITA-UKM akan lebih berkualiti dan kondusif.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG12 dan SDG16.