Pengiktirafan ‘Certified Content Creator’, 1 November 2022

Tahniah buat Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pengiktirafan sebagai ‘Certified Content Creator’ sempena MyDigital Educator @ MOHE Program pada 1 November 2022.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dan Majlis Kerjasama Ketua – Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (MAGNETIC) ini diadakan bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga pengajar bagi aspek pedagogi, reka bentuk serta pembangunan kandungan dan media dalam bentuk bahan digital yang berkualiti untuk tujuan persekitaran pembelajaran virtual (virtual learning environment)Β padaΒ masaΒ kini.