Perakuan Pelaksanaan Latihan Kawad Kebakaran, 17 April 2025
Syabas buat Institut Kajian Etnik (KITA) atas penerimaan perakuan pelaksanaan Latihan Kawad Kebakaran pada 17 April 2025. Pelaksanaan latihan kawad kebakaran tersebut adalah sah sehingga 16 April 2027 seperti yang tertera pada sijil pelaksanaan daripada Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3.