Perbincangan kajian lanjutan Indeks Kesejahteraan Penerima Bantuan Sosial (IKPBS), 21 Mei 2025
Pada 21 Mei 2025 (Rabu), KITA menerima kunjungan YBrs. Dr. Shela Vengirasamy, Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar Masyarakat, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Tujuan lawatan adalah untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai kajian lanjutan Indeks Kesejahteraan Penerima Bantuan Sosial (IKPBS) bersama-sama pihak KITA yang diwakili oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Felo Penyelidik Kanan KITA, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak yang juga merangkap Ketua Projek Kajian Pembangunan Instrumen IKPBS.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG1, SDG3 dan SDG10.