Sekalung Penghargaan: Cik Najatulmuna Hamdan

Seluruh warga KITA-UKM ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Ketua Pentadbiran KITA, Cik Najatulmuna Hamdan, yang akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran & Kemudahan, Jabatan Pendaftar berkuat kuasa 17 Januari 2022 (Isnin). Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan atas segala perkhidmatan yang cemerlang dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KITA-UKM. Semoga beliau akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baharu dan selamat maju jaya.