Sekalung Penghargaan: Dr. Eric Olmedo Panal, 31 Ogos 2024
Seluruh warga KITA-UKM ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat Felo Penyelidik Utama KITA Dr. Eric Olmedo Panal atas segala perkhidmatan cemerlang dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KITA-UKM dari 2 Januari 2014 hingga 31 Ogos 2024. Selain daripada Felo Utama, beliau juga memegang amanah selaku Penyandang Bersama Kursi UNESCO dalam bidang Praktis Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan dengan Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin sebagai Penyandang Kursi; dan Pengarah AntropotekTM yang berpusat di KITA. Semoga Dr. Eric Olmedo akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baharu di Vietnam dan selamat maju jaya.