Sekalung Penghargaan: Puan Suhana Bahtiar, 9 September 2022

Seluruh warga KITA-UKM ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Pembantu Tadbir KITA, Puan Suhana Bahtiar, yang akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran & Kemudahan, Jabatan Pendaftar berkuat kuasa 12 September 2022 (Isnin). Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala perkhidmatan yang cemerlang dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di KITA-UKM. Semoga Puan Sue akan meneruskan perkhidmatan yang cemerlang di tempat baharu dan selamat maju jaya.