Selamat Bersara Pn. Norlilah, 20 Disember 2023

Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Norlilah Mohamed Jeni, Setiausaha kepada Pengarah Pengasas KITA yang bersara pilihan pada 30 Disember 2023 setelah berkhidmat selama 35 tahun di UKM. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Persuratan Melayu diikuti dengan Jabatan Bendahari dan seterusnya 18 tahun di Canselori sebelum ke KITA pada 4 Julai 2022 (1 tahun 6 bulan).

Seluruh warga KITA mendoakan semoga Pn. Ila sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih Kak Ila, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.