Selamat datang Prof. Dr. Supyan Hussin ke KITA

Seluruh warga KITA mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan pelantikan YBhg. Prof. Dr. Supyan Hussin sebagai Felo Penyelidik Utama untuk tempoh selama dua (2) tahun mulai 9 Mei 2022 di KITA-UKM. Beliau akan membantu KITA-UKM dalam penyelidikan antaranya mengangkat portal Malaycivilization.com yang kini di bawah ATMA ke PTSL sebagai perpustakaan penyelidikan digital. Selain dari penyelidikan beliau juga akan turut terlibat dengan akademik, advokasi awam dan tugas-tugas lain dalam mempromosi ilmu kepada masyarakat. Vitae kurikulum Prof. Dr. Supyan boleh dirujuk di pautan berikut: https://www.ukm.my/kita/academic/supyan-hussin/

Semoga sumbangan dan komitmen beliau dapat meningkatkan lagi kecemerlangan KITA-UKM di peringkat UKM, kebangsaan dan antarabangsa.