UNESCO-MIX: Kolaborasi Ilmu Varsiti Malaysia, 6 Jun 2026
Pada 6 Jun 2026 Kelab UNESCO Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kelab-kelab UNESCO dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) telah menganjurkan program UNESCO-MIX: Kolaborasi Ilmu Varsiti Malaysia. Bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, UKM, program satu hari ini adalah bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama kelab-kelab UNESCO universiti awam di Malaysia menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang disertai oleh 54 orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli Kelab UNESCO dari universiti masing-masing. Program ini telah dirasmikan oleh En. Mirza Shauqi Bin Mohd Sa`odi, PJK Jaringan Luar & Pengantarabangsaan KMUKM manakala upacara penutup disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Fadhli Shah Bin Kaidzhir, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) HEP UKM. Turut hadir pada program tersebut ialah Felo Penyelidik KITA dan Pengurus Kursi UNESCO-UKM Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham yang juga merupakan Penasihat Kelab UNESCO UKM.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif sebagai platform pembangunan kepimpinan mahasiswa, perkongsian ilmu dan pengukuhan jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi. Penganjuran UNESCO-MIX bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta, malah membuka peluang kepada pelaksanaan program bersama pada masa hadapan. Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat), selaras dengan komitmen UKM dan KITA dalam memperkasa pembangunan mahasiswa serta kerjasama strategik di peringkat nasional.
Laporan oleh:
Pn. Hezreen Othman
Pegawai Kursi UNESCO-UKM
7 Ogos 2026




