DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Seluruh warga Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia mendoakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tuanku sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dan sentiasa berada dalam lindungan serta inayah-Nya.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah takzim,
Warga Kolej Tun Hussein Onn,
Universiti Kebangsaan Malaysia