Kolej Tun Hussein Onn berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pembelian/pendanaan untuk menaiktaraf Surau Qasrul Muttaqin Kolej Tun Hussein Onn.
Pihak pengurusan KTHO mempunyai dua cadangan utama dalam menambahbaik Surau Qasrul Muttaqin.
Menukar sistem Siaraya yang baharu. Ini bagi menggantikan alat siaraya yang telah rosak dan telah pun usang. Penggantian ini membolehkan laungan azan, iqamat dan penyampaian maklumat menerusi tazkirah dan perkongsian ilmu dapat disampaikan dengan jelas bukan sahaja kepada warga KTHO.
Penambahbaikan balkoni surau. Ini bertujuan menjadikan ruang solat kedua seandainya ruang solat utama penuh. Selain itu, dengan adanya awning, kerusi dan meja, ruang balkoni ini boleh dijadikan tempat untuk jemaah duduk dan mengulangkaji atau menjalankan perjumpaan dan sebagainya.