JASAMU DIKENANG

Seluruh warga Kolej Tun Hussein Onn merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Muhammad Izzat Ebrahim atas dedikasi, sumbangan, serta khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Felo.

Kami menghargai segala usaha dan komitmen Encik Izzat dalam memperkasa kecemerlangan akademik serta menyumbang kepada pembangunan warga KTHO. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan beliau pada masa hadapan.