Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Latarbelakang Jabatan


Selamat datang ke laman web Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan. Jabatan ini terletak di Fakulti Perubatan UKM, tingkat 16, Bangunan Praklinikal, Jalan Yaacob Latif, Cheras. Jabatan ini mempunyai 7 unit pengurusan (Unit Pentadbiran, Unit Perkhidmatan Klinikal, Unit Penyelidikan, Unit Prasiswazah, Unit Siswazah, Unit Pengurusan Makmal dan Unit Pengurusan Amali) dan terdiri daripada 14 pensyarah, 2 pegawai sains, 6 juruteknologi makmal perubatan, dan 3 staf sokongan.


Lihat >>carta organisasi jabatan atau >>carta pengurusan jabatan



Ahli-ahli jabatan ini terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran pelajar prasiswazah dan siswazah, perkhidmatan klinikal dan diagnostik makmal serta penyelidikan di Fakulti Perubatan UKM.  Tugas-tugas perkhidmatan klinikal dan diagnostik makmal dijalankan di makmal Gugusan Mikrobiologi, di bawah Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, tingkat besmen, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Jaafar. Di samping itu, jabatan kami juga menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan kerentanan Helicobacter pylori, yang dibuka kepada semua pesakit HCTM dan hospital/makmal luar. Aktiviti-aktiviti penyelidikan dijalankan di makmal penyelidikan yang terletak di tingkat 10, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM.