Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan

 Fakulti Perubatan UKM

Perkhidmatan Ujian Kultur & Kerentanan Helicobacter pylori

 


 


Jabatan kami menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan kerentanan Helicobacter pylori ke atas spesimen biopsi gastrik pesakit dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan hospital/makmal luar. Ujian suseptibiliti (melalui pegujian ‘minimum inhibitory concentration’) akan dilakukan ke atas antibiotik metronidazole, clarithromycin, amoxicillin, levofloxacin, tetracycline dan rifampicin.


Waktu Operasi

  • Perkhidmatan ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

TAT

  • ‘Turn around time’ ujian ini adalah 30 hari.

Kadar Bayaran

  • Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu SEBELUM menghantar spesimen kepada kami.
  • Maklumat mengenai kaedah pembayaran boleh didapati pada borang permintaan ujian (muat turun di sini).
  • Setiap ujian akan dikenakan bayaran berdasarkan kadar mengikut institusi/hospital yang berikut:
    • HCTM / PPUKM / UKM: RM 200.00
    • Hospital kerajaan / makmal: RM 200.00
    • Hospital / makmal swasta: RM 300.00

Tatacara Permintaan Ujian

  • Untuk maklumat lanjut berkenaan tatacara pengambilan, penyimpanan dan pengangkutan spesimen, sila rujuk garis panduan yang boleh dimuat turun di sini.
  • Sebelum penghantaran spesimen, sila serahkan DAHULU bukti pembayaran kepada kaunter yang telah ditetapkan mengikut institusi untuk mendapatkan resit (sila rujuk bahagian ‘CARA BAYARAN’ pada borang permintaan ujian, muat turun di sini).
  • Semasa penyerahan sampel, sila bawakan resit tersebut bersama spesimen dan borang permohonan yang telah dicetak dan diisi sepenuhnya kepada:

Makmal Mikrobiologi, Tingkat 10, Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

  • Keputusan ujian akan dilaporkan melalui e-mel dan faks.
  • Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut atau untuk mendapatkan media pengangkutan H. pylori:
    • Tel: 03-9145 8656/8654/5920
    • Faks: 03-9145 9524

Muat turun borang dan garis panduan: