Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

SKOP BAHAGIAN PEDAGOGI DAN PENILAIAN

SKOP BAHAGIAN

Memantapkan budaya inovasi pedagogi dan penilaian dalam kalangan tenaga akademik UKM bagimemastikan kualiti pengajaran yang cemerlang

FUNGSI UTAMA

Bahagian ini bertanggungjawab untuk: 

  • Latihan & Bimbingan: Merancang, melaksanakan, dan menggalakkan program latihan serta bimbingan bagi
    memperkasa pendidik melalui amalan pengajaran berasaskan penyelidikan (research-led teaching).
  • Pemantauan Penilaian: Merancang, memantau, dan menilai keberkesanan kaedah penilaian alternatif bagi
    meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.
  • Penambahbaikan Kualiti: Menyokong pelaksanaan serta penambahbaikan mekanisme penilaian sedia ada untuk
    memastikan ia kekal relevan dan efektif.
  • Penganjuran Program: Mengelola program tahunan yang memfokuskan kepada inovasi pedagogi dan penilaian
    di peringkat kebangsaan atau universiti demi memperkasa amalan terbaik.
  • Penerbitan Ilmiah: Menguruskan penerbitan bahan berkaitan inovasi pedagogi dan penilaian dalam pendidikan
    tinggi sebagai rujukan akademik.