Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

SIJIL PROFESIONAL PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Penjajaran Konstruktif adalah satu konsep yang sangat penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan elemen penting dalam Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) dan audit akreditasi program. Justeru itu, semua staf akademik khususnya pentadbir akademik perlu memahami konsep ini dengan baik.

Kod Kursus SPLN5113:
Penjajaran Konstruktif/Constructive Alignment

Sijil Profesional Penjajaran Konstruktif telah diluluskan Mesyuarat JPPA ke288 bertarikh 10
Januari 2024.

SINOPSIS

Kursus ini akan membolehkan pelajar mengetahui lebih jelas dan mendalam berkaitan konsep penjajaran konstruktif yang akan diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Topik yang akan diajar seperti konsep penjajaran konstruktif, domain MQF 2.0, kaedah penilaian, pembentukan OPP, HPP dan HPK yang tepat dan kaedah pengiraan SLT. Diakhir kursus ini, pelajar akan mengaplikasikan semua konsep ini dalam dokumen yang berkaitan.