Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum

GARIS PANDUAN MOOC

Garis Panduan Pembangunan dan Penawaran UKM MOOC Edisi 2

Garis panduan ini dibangunkan untuk membantu pembangun MOOC merancang, menawarkan, dan mengurus kursus Massive Open Online Course (MOOC) secara lebih sistematik. Inisiatif ini selaras dengan hasrat UKM untuk memperkasakan inovasi pembelajaran dalam talian serta menyokong ekosistem pembelajaran yang fleksibel, terbuka, dan sepanjang hayat bagi warga universiti mahupun masyarakat awam.

Pelaksanaan MOOC di UKM bermula tahun 2021 selaras dengan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM di bawah kebitaraan Digital yang mengfokuskan prakarsa pedagogi dan ekologi pembelajaran ke arah memantapkan pendidikan fleksibel dan sepanjang hayat. 

Pelaksanaan MOOC ini diteruskan sebagai langkah strategik bagi merealisasikan Teras Strategik 6: Membudayakan Kemampanan dalam Ekosistem Pendidikan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035. Ia juga menyokong Pelan Strategik TEKAD 57 UKM yang memfokuskan kepada pemantapan pedagogi dan ekologi pembelajaran masa hadapan.