Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Kriteria Kelayakan

Untuk menyertai kami, individu mesti memenuhi kriteria kelayakan berikut termasuk kewarganegaraan, syarat umur dan pendapatan isi rumah keluarga.

Pengenalan

person in red sweater holding babys hand

PERMATA Remaja ialah program yang dibangunkan khusus untuk membantu remaja dalam komuniti terpinggir

supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang bermakna dan seterusnya merealisasikan potensi diri mereka yang sebenar. Oleh itu, pembangunan modal sosial adalah satu pendekatan untuk pembangunan belia. Dalam usaha membangunkan modal sosial, remaja akan diberi peluang untuk terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti dengan menyuarakan pendapat dan membuat keputusan sendiri menerusi aktiviti yang dijalankan. PERMATA Remaja berhasrat untuk meningkatkan 25 item aset dalam kalangan remaja yang terlibat kerana remaja yang mempunyai aset ini akan cenderung merealisasikan cita-cita mereka dan tidak terdedah kepada gejala sosial. Pembangunan 25 Aset Belia ini adalah dari segi sokongan, pemerkasaan, penggunaan masa lapang yang membina, nilai positif, kemahiran sosial dan jati diri yang positif.

Pendekatan ini akan mengubah paradigma daripada sekadar menganggap remaja bermasalah kepada melihat mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyai modal sosial iaitu aset, sumber dan kemahiran. Penyertaan yang aktif dan hubungan sosial yang dinamik dapat meningkatkan modal sosial remaja. Mereka yang mempunyai modal sosial yang tinggi lebih cenderung akan berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan

Antara objektif PERMATA Remaja adalah untuk membangunkan remaja berdasarkan kekuatan atau aset diri, memperkasa dan menekankan penyertaan dan penglibatan mereka dalam masyarakat, mengeratkan hubungan positif antara remaja dengan orang sekeliling dan mencungkil bakat yang ada dalam diri masing-masing dan setiap satu daripadanya. Dalam jangka panjang, PERMATA Remaja akan berusaha untuk melakukan perubahan dalam kalangan remaja.

Person Writing on Notebook

For this purpose, several programmes and activities had been underway since 2010 in 4 housing estates in Program Perumahan Rakyat (PPR, also known as 'People Housing Program') ie PERMATA Remaja Community Centre - PPR Pantai Ria, PPR Sri Pantai, PPR Kampung Muhibbah and PA Desa Rejang. These programmes aim to develop 25 social capital including a photography class, a cake & pastry class, a music and vocal class, a beauty class, buttonbadges class and several other activities. The PERMATA Remaja Programmes were carried out at the weekends and received encouraging response from the youth. All in all, about 700 youths had participated in the activities of PERKASA since its establishment in 2010. These activities were overseen by PERKASA UKM with the cooperation of the Persatuan Penduduk Perumahan Rakyat Tempatan (Local Public Housing Residents’ Association).

Modul Program PERMATA Remaja

Beberapa pendekatan asas telah diguna pakai dalam melaksanakan program ini. Ini termasuk

Pembangunan

Pembangunan Remaja Positif untuk meningkatkan keupayaan melindungi diri dan mengurangkan risiko

Berterusan

Program berterusan untuk menyemai tabiat penyertaan aktif dalam kalangan remaja

Memupuk

Memupuk aset remaja untuk meningkatkan daya tahan mereka

Program PERMATA Remaja bukan sahaja untuk pemulihan tetapi juga untuk pencegahan remaja dalam masyarakat terpinggir

Syarat Peserta Program PERMATA Remaja

Berikut merupakan syarat kemasukan ke Program PERMATA Remaja bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran yang ditawarkan oleh PERKASA

acceptance, tolerance, people