Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Kelas Kami

Selamat datang ke PERMATA Remaja, di mana pembelajaran di sini tiada batasan! Kelas yang dipilih disusun dengan teliti, direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasa belia yang berumur 13 hingga 19 tahun.

01

Kelas Kecantikan

  • Kelas kecantikan mempunyai empat modul yang dijalankan iaitu
  • Modul solekan
  • Modul rawatan kuku tangan dan rawatan kuku kaki
  • Modul refleksologi
  • Modul rawatan wajah
  • Sesi pembelajaran diadakan selama 36 minggu
  • Kelas diadakan sekali seminggu pada hujung minggu
  • Participants will learn to various make-up techniques, beauty tips and personal care.

 

Kelebihan Menyertai Kelas Ini:

  1. Peserta akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari
  2. Peserta akan didedahkan dengan pengalaman secara praktikal iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum melalui karnival-karnival yang dianjur dan disusun oleh Pihak PERKASA
  3. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang disyorkan oleh Pihak PERKASA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem kokurikulum sekolah

02

Kelas Muzik dan Vokal

  • Sesi pembelajaran diadakan selama 36 minggu
  • Kelas diadakan sekali seminggu pada hujung minggu
  • Peserta didedahkan dengan teori muzik, kawalan pernafasan, teknik dan ekspresi vokal
  • Peralatan muzik yang diajar di dalam kelas ialah drum, keyboard dan gitar

 

Kelebihan Menyertai Kelas Ini

  1. Peserta akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari
  2. Peserta akan didedahkan dengan pengalaman secara praktikal iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum melalui karnival-karnival yang dianjur dan disusun oleh Pihak PERKASA
  3. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang disyorkan oleh Pihak PERKASA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem kokurikulum sekolah

03

Kelas Kek dan Pastri

  • Sesi pembelajaran diadakan selama 36 minggu
  • Kelas diadakan sekali seminggu pada hujung minggu
  • Peserta didedahkan dengan teknik asas membuat kek, krim keju, pembuatan coklat, home-made fondan, dekorasi fondan dan membuat pelbagai jenis pastri

 

Kelebihan Menyertai Kelas Ini

  1. Peserta akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari
  2. Peserta akan didedahkan dengan pengalaman secara praktikal iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum melalui karnival-karnival yang dianjur dan disusun oleh Pihak PERKASA
  3. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang disyorkan oleh Pihak PERKASA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem kokurikulum sekolah
  •  

04

Kelas Fotografi

  • Sesi selama 36 minggu merangkumi kelas asas, pertengahan dan lanjutan
  • Kelas diadakan sekali seminggu pada hujung minggu
  • Peserta didedahkan mengenai teknik asas fotografi, menyunting gambar dan komposisi fotografi

 

Kelebihan Menyertai Kelas Ini

  1. Peserta akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari
  2. Peserta akan didedahkan dengan pengalaman secara praktikal iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum melalui karnival-karnival yang dianjur dan disusun oleh Pihak PERKASA
  3. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang disyorkan oleh Pihak PERKASA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem kokurikulum sekolah

05

Kelas Buttonbadge

  • Sesi pembelajaran diadakan selama 36 minggu
  • Kelas diadakan tiga kali seminggu
  • Peserta didedahkan dengan kemahiran asas dalam keusahawanan pencetakan button badge

 

Kelebihan Menyertai Kelas Ini

  1. Peserta boleh memulakan perniagaan tanpa modal dan mampu menjana pendapatan seawal kelas pertama
  2. Peserta akan diberikan peluang untuk menyertai pertandingan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari
  3. Peserta akan didedahkan dengan pengalaman secara praktikal iaitu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum melalui karnival-karnival yang dianjur dan disusun oleh Pihak PERKASA
  4. Senarai nama peserta yang aktif dengan penyertaan program @ aktiviti luar (bengkel/ kem) yang disyorkan oleh Pihak PERKASA akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diberikan merit ke dalam sistem kokurikulum sekolah
  •  
  •  

Kelas-kelas Lain

Kelas Bahasa Inggeris

Kelas Bahasa Inggeris merupakan kelas yang ditawarkan kepada warga PERMATA Remaja – peserta, tenaga pengajar dan staf pengurusan pada setiap hujung minggu di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PA Desa Rejang. Tujuan kelas ini ditubuhkan adalah untuk memastikan warga PERMATA Remaja mampu untuk berkomunikasi secara professional dan tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris. Tambahan pula, bahasa Inggeris merupakan bahasa global (lingua franca) dan digunakan oleh kebanyakan negara.

Kelas Bahasa Korea

Populariti bahasa Korea dan kejayaan negaranya di persada antarabangsa berjalan seiring mendorong kepada pelaksanaan Kelas Bahasa Korea. Kelas Bahasa Korea merupakan kelas yang ditawarkan kepada masyarakat umum di Malaysia yang berminat untuk mempelajari bahasa Korea. Kelas ini dijalankan secara dalam talian dua kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Rabu jam 8 malam di mana setiap kelas terhad kepada seratus peserta sahaja. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membuka peluang menjadi sebahagian daripada komuniti yang mempunyai budaya berbeza dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang dunia sekeliling.

Reading Class​

Kelas membaca merupakan kelas yang dijalankan setiap hujung minggu di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Pantai Ria untuk individu berumur 5 hingga 19 tahun yang belum mahir membaca ataupun yang tidak mengenali huruf. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengatasi masalah literasi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menerusi kelas ini, tenaga pengajar akan membantu peserta dalam pembangunan kesedaran fonemik, memahami hubungan bunyi dan huruf di samping membaca, mengeja dan menulis.

Kelas Iqra’ dan Al-Quran

Kelas Iqra’ dan al-Quran merupakan kelas yang ditawarkan kepada individu berumur 5 – 19 tahun untuk mempelajari bacaan kitab suci al-Quran menggunakan tajwid yang betul. Kelas ini dijalankan tiga kali seminggu di keempat-empat Pusat Komuniti PERMATA Remaja. Menerusi kelas ini, tenaga pengajar akan membimbing sebutan huruf, membaca Iqra’, makhraj huruf, tajwid serta mengajar membaca al-Quran sehingga khatam. Selain itu, tenaga pengajar juga menyentuh dan menyemak asas fiqh ibadat.