Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Soalan Lazim

Semua remaja berusia di antara 13 hingga 19 tahun dalam kategori B40 layak untuk menyertai Program PERMATA Remaja.

Ya. Program PERMATA Remaja diberikan secara PERCUMA kerana ia adalah sebuah program kerajaan di bawah Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dikendalikan oleh Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda boleh menekan butang DAFTAR SEKARANG! pada bahagian PERMATA Remaja di laman sesawang www.ukm.my/perkasa

Program PERMATA Remaja menawarkan kelas-kelas kemahiran yang mirip dengan minat remaja masa kini seperti kelas kek & pastri, vokal & muzik, fotografi, kecantikan dan button badges. Selain itu, PERMATA Remaja turut menawarkan kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea, kelas mengaji & fardhu ain, kelas tuisyen serta kelas membaca

Semua aktiviti PERMATA Remaja dijalankan di empat (4) buah Pusat Komuniti PERMATA Remaja yang terletak di PPR Seri Pantai, PPR Pantai Ria, Perumahan Awam Desa Rejang dan PPR Kg. Muhibbah, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, Program PERMATA Remaja hanya dibuka di empat (4) buah Pusat Komuniti di kawasan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sekiranya anda dalam kategori yang dinyatakan di no.1, anda masih boleh menyertai kelas Bahasa Korea dan kelas tuisyen PERMATA Remaja yang dijalankan secara dalam talian setiap minggu.

Boleh asalkan kelas tersebut tidak bertindih antara satu sama lain. Bagaimanapun, anda digalakkan untuk menghabiskan kelas yang disertai satu per satu agar tidak mengganggu fokus anda dan melancarkan urusan pembelajaran.

Program PERMATA Remaja berlangsung setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Banyak manfaat yang bakal anda peroleh seperti peluang untuk mendapat bantuan pendidikan selepas tamat SPM dari Yayasan PERMATA Malaysiabimbingan dari kaunselor berdaftar untuk melanjutkan pendidikan, merit ko-kurikulum untuk pertandingan-pertandingan yang disertai melalui PERMATA Remaja, pendedahan kepada pelbagai bidang dan industri di luar Kuala Lumpur, peluang kerjaya dan lain-lain.