Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Mengenai Kami

PERKASA, sejak 2010 bersungguh-sungguh memupuk bakat yang wujud dalam kalangan belia, menggalakkan penglibatan dengan komuniti dan memperkukuh perhubungan belia dengan persekitaran mereka.

Belia generasi kini sering dikaitkan dengan salah laku dan isu sosial. World Youth Report menganggarkan bahawa 25 peratus belia dikategorikan sebagai 'Belia Berisiko'

Ini bermakna mereka berkemungkinan terlibat dalam aktiviti salah laku kerana kehidupan mereka yang terpinggir, status sosio ekonomi yang rendah dan kekurangan peluang untuk merealisasikan potensi diri mereka yang sebenar

Jika digunakan dalam konteks Malaysia, bermakna hampir lapan juta belia yang berumur antara 15 dan 25 tahun boleh dikategorikan sebagai ‘Belia Berisiko’. Tambahan pula, Indeks Belia Malaysia 2020 menunjukkan hampir 9,221,940 belia Malaysia terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti salah laku

Fasa remaja sememangnya suatu tempoh yang mencabar. Pada peringkat ini, mereka cuba mencari identiti diri di mana dapat dilihat terjadinya kemerosotan secara perlahan-lahan hubungan dengan keluarga sendiri dan peningkatan hubungan dengan rakan sebaya dan rakan-rakan. Dalam masa yang sama, keluarga biasanya akan cuba mengawal tingkah laku mereka supaya selari dengan nilai sosial sedia ada. Rentetan itu, menimbulkan konflik kerana ia bertentangan dengan keperluan remaja untuk berdikari seterusnya menemui kebolehan intelek dan memperoleh autonomi emosi tertentu mengikut keutamaan mereka. Kita juga melihat ini sebagai masalah belia yang terpinggir dari arus pembangunan perdana. Kebanyakan belia yang terlibat dalam gejala sosial adalah daripada kelas sosio ekonomi yang rendah, berpendapatan rendah dan tidak mempunyai teladan yang boleh dicontohi.

Dengan jumlah populasi belia yang ramai, ditambah pula dengan wawasan bahawa belia merupakan penggerak pembangunan yang berpotensi, wajarlah golongan ini dipupuk untuk menjadi generasi yang soleh dengan pemikiran yang betul, berilmu, kreatif dan mampu menjauhi cara hidup hidup yang negatif, di samping berperanan sebagai pemangkin kepada orang lain untuk turut berubah ke arah yang lebih baik.   

2023_08_18_16_05_IMG_2472

Atas dasar ini, PERMATA Remaja sebagai strategi bersepadu berteraskan prinsip pembangunan belia yang positif untuk menangani isu berleluasa yang melibatkan belia berisiko iaitu Pemerkasaan Berasaskan Komuniti (Belia Dalam Komuniti). Oleh itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah dilantik sebagai pelaksana di mana program ini dikendalikan oleh Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA)

Generasi yang soleh dengan pemikiran yang betul, berilmu, kreatif dan mampu menjauhi cara hidup hidup yang negatif

Pemerkasaan dan Pembangunan Belia

Kepentingan memperkasa dan memupuk generasi muda untuk membantu mereka mengatasi cabaran dan mewujudkan potensi diri mereka yang sebenar. Ini termasuk memberikan peluang untuk perkembangan diri, kreativiti dan pemerolehan pengetahuan.

Transformasi Positif

Ia menekankan potensi transformasi positif dalam kalangan belia, dengan matlamat untuk membimbing mereka menjauhi tingkah laku negatif dan isu sosial. Matlamatnya adalah untuk memupuk generasi yang berakhlak mulia dengan minda yang betul, yang mampu memberi sumbangan yang membina kepada masyarakat.

Intervensi Berdasarkan Komuniti

Pelaksanaan program pemerkasaan berdasarkan komuniti yang bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh belia berisiko. Program-program ini memberi tumpuan kepada pembangunan belia yang positif, menunjukkan komitmen untuk mencipta persekitaran yang sokongan dan inklusif bagi belia.

Kami menghargai maklum balas anda dan bersedia untuk membantu anda dalam apa jua cara yang kami boleh. Hubungi kami pada bila-bila masa melalui maklumat yang diberikan di bawah.