Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

LAWATAN PIHAK FUTURENURI CO. LTD KE UKM BAGI MEMBINCANGKAN PROJEK DI BAWAH GERAN EXTRA BUDGEDTARY CONTRIBUTION FROM KOREA (EBC-K)

BANGI, 5 Mei 2025 – Pihak Pusat Pemerkasaan Remaja berbesar hati menerima kunjungan daripada rakan kolaborasi bagi geran Extra Budgetary Contribution from Korea (EBC-K) iaitu Futurenuri Co. Ltd, Korea Selatan. Seramai tiga orang delegasi daripada Korea Selatan ini iaitu Dr. Byeon Hoi Kyun, Seo Jong Hwan dan Samuel Jeong. Geran EBC-K merupakan geran di bawah Asia-Pacific Telecommunity (APT) yang telah diperoleh oleh pihak PERKASA dengan jumlah dana sebanyak USD60,000. Permohonan geran yang berjaya ini merupakan projek pembangunan platform pembelajaran dalam talian dan luar talian Program PERMATA Remaja. Pertemuan ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat PsiTra, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang dipengerusi oleh Dr. Nasrudin Subhi. Seramai lima orang felo dan staf penyelidik PERKASA yang terlibat iaitu Prof. Madya Dr. Azianura Hani Shaari, Dr. Rozita Ibrahim, Puan Azrina Megat Mustaffa, Puan Syafiqah Ali dan Encik Muhammad Haafiz Murad@Zainuddin. Turut hadir dalam pertemuan ini wakil daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UKM ialah Encik Mohd Amin Musa, Pengurus Teknologi Maklumat Kanan (Pengurusan Pelayan dan Pangkalan Data) dan Encik Ermizal Sha Hassan, Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan Aplikasi).

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan kertas cadangan yang telah diluluskan bagi penjajaran keseluruhan matlamat dan skop projek di samping memperincikan peranan dan tanggungjawab pihak PERKASA dan Futurenuri Co. Ltd dalam projek pembangunan ini. Pandangan bernas daripada pakar teknologi UKM juga dapat diperoleh hasil daripada perbincangan ini. Hasil lawatan ini juga membuahkan hasil kesepakatan untuk menandatangani Letter of Commitment (LoC) antara pihak PERKASA dan rakan kolaborasi. Diharapkan projek pembangunan ini dapat memberikan output yang berguna dalam memperkasakan pembelajaran peserta Program PERMATA Remaja.