Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PERTANDINGAN MINI SPA SHOWCASE PERMATA REMAJA

KUALA LUMPUR, 26 Disember - Pertandingan Mini Spa Showcase berjaya dianjurkan sewaktu Bengkel Gaya Kelas Kecantikan berlangsung. Pertandingan ini merupakan platform pendedahan dan penilaian kemahiran praktikal para peserta dalam bidang kecantikan dan spa. Ini selaraskan dengan objektif pertandingan iaitu membentuk remaja berkemahiran, berkeyakinan dan profesional.

Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menyediakan konsep mini spa berdasarkan tugasan yang diperoleh melalui sesi cabutan. Setiap kumpulan diberikan tempoh 15 minit perbincangan bagi merancang konsep, susun atur serta pembahagian tugas sebelum sesi demonstrasi dijalankan. Tempoh demonstrasi dan penilaian oleh panel juri berlangsung antara 45 minit hingga 1 jam bagi setiap kumpulan. Penilaian dibuat berdasarkan beberapa aspek utama termasuk kemahiran teknikal rawatan spa, kebersihan peralatan, komunikasi dan layanan pelanggan, pengurusan masa serta kerja berpasukan. Sebarang bentuk bantuan luar, termasuk daripada jurulatih atau pensyarah semasa sesi penilaian berlangsung, adalah tidak dibenarkan bagi memastikan ketelusan pertandingan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Mini Spa Showcase PERMATA Remaja bukan sahaja menguji kemahiran peserta, malah berjaya meningkatkan keyakinan diri, disiplin serta tahap kesediaan mereka untuk menceburi bidang kecantikan dan spa secara profesional. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform pembangunan bakat dan pengalaman pembelajaran berimpak tinggi kepada para peserta.