Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

MINI ROADSHOW PERMATA REMAJA

KUALA LUMPUR, 18 April 2026 — Mini Roadshow PERMATA Remaja telah berjaya dilaksanakan di PPR Kampung Baru Air Panas sebagai usaha memperkenalkan Program PERMATA Remaja sebagai salah satu inisiatif pembangunan remaja kepada komuniti setempat, khususnya golongan remaja yang berusia 13 tahun sehingga 19 tahun. Program tersebut dianjurkan dengan konsep pendekatan komuniti bagi memberi pendedahan secara langsung mengenai fungsi, peranan serta peluang penyertaan dalam program pembangunan yang ditawarkan oleh PERMATA Remaja. Melalui penganjuran Mini Roadshow ini, pelbagai pengenalan kelas kemahiran telah diketengahkan kepada masyarakat antaranya kelas fotografi, kek dan pastri, kecantikan, vokal dan muzik serta button badge. Pendedahan ini bertujuan membuka ruang kepada remaja untuk meneroka minat, bakat serta potensi diri melalui pembelajaran kemahiran secara praktikal. Selain memperkenalkan program, penganjuran ini turut menjadi medium untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kewujudan serta manfaat penyertaan anak- anak dalam program PERMATA Remaja yang menumpukan pembangunan sahsiah, kemahiran dan hala tuju masa depan remaja.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik penyertaan pengunjung antaranya sesi pendaftaran peserta, aktiviti reruai kelas kemahiran, sukan rakyat, aktiviti memanah, pertandingan futsal kain pelikat serta persembahan oleh peserta vokal dan muzik. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran remaja dan penduduk sekitar yang mengambil peluang mengenali program serta menyertai aktiviti yang disediakan dalam suasana santai dan mesra komuniti.

Penganjuran Mini Roadshow PERMATA Remaja ini diharap dapat menjadi platform awal dalam mendekati golongan remaja di kawasan perumahan komuniti, seterusnya menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti pembangunan diri yang positif. PERMATA Remaja komited untuk terus memperluaskan program seumpama ini ke pelbagai lokasi bagi memastikan lebih ramai remaja mendapat akses kepada peluang pembangunan kemahiran dan pembinaan sahsiah secara menyeluruh.

View more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *