Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News@PERMATA Remaja

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Bengkel Keusahawanan Sosial di MaGIC, Cyberjaya

Cyberjaya, 25 September 2019- Bahagian pengurusan dan tenaga pengajar program GENIUS Remaja telah menghadiri bengkel Social Enterpreneurship Masterclass yang bertempat di Malaysian Global Innoviation and Creativity Centre (MaGIC). Keusahawanan sosial merupakan  satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat. Oleh itu, bengkel ini bertepatan dengan  misi pihak GENIUS Remaja iaitu melahirkan usahawan sosial di masa hadapan. Tambahan pula, pihak GENIUS Remaja mementingkan pencapaian dan impak misi sosial berbanding keuntungan dan kekayaan. Oleh itu, pendedahan menerusi bengkel ini amat diperlukan untuk memberikan pemahaman kepada pihak pengurusan dan tenaga pengajar agar ilmu tentang keusahawanan sosial dapat disampaikan dengan baik dan lancar kepada remaja-remaja di bawah Program Komuniti GENIUS Remaja. Bengkel ini telah berlangsung  pada hari Rabu, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Peserta-peserta yang menyertai bengkel ini mempunyai pelbagai latar belakang syarikat yang ingin mengetahui tentang keusahawanan sosial. Dapat dilihat daripada penyertaan peserta bahawa masyarakat sudah cakna dan ambil berat tentang kepentingan keusahawanan sosial dalam menjamin kelangsungan ekonomi.

Bahagian pengurusan, tenaga pengajar bersama speaker bengkel, Prof Madya Dr. Norngainy Mohd Tawil
Peserta bengkel Social Enterpreneurship Masterclass.