Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

KARNIVAL PERMATA REMAJA DI PPR SERI PANTAI

PANTAI DALAM, 12 Mac 2023 – Cuaca yang mendung tidak menghalang penduduk setempat untuk berkunjung ke Karnival PERMATA Remaja yang berlangsung di Perkarangan Blok 102, PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur. Pelbagai jualan, reruai dan pertandingan dijalankan yang melibatkan agensi kerajaan, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) setempat dan daripada kelas kemahiran PERMATA Remaja itu sendiri. 

Karnival PERMATA Remaja adalah acara tahunan sejak 2021 yang menghimpunkan hasil-hasil produk dan servis dari kelas kemahiran di bawah Program PERMATA Remaja seterusnya melatih peserta program ini dalam bidang kemahiran dan keusahawanan di samping meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pelanggan.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Sity Daud, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dan diiringi oleh Puan Azrina Megat Mustaffa selaku Ketua Pentadbiran PERKASA. Di kesempatan itu, Prof. Dr. Sity Daud juga sempat melawat reruai, selain bersua sapa dengan pengunjung dan peserta PERMATA Remaja yang hadir. Menurut Prof. Dr. Sity, beliau berharap karnival seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.