Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

MINI PAMERAN FOTO DI WORLD COUNSELLING CONFERENCE 2025

SERDANG, 24 Februari – PERMATA Remaja telah menerima jemputan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) untuk menjalankan pameran foto sempena Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 (WCC2025) yang pertama kali diadakan. Persidangan ini dikatakan untuk menghimpunkan pengamal profesional kaunseling, pendidik, penyelidik dan pelajar untuk membincangkan isu, perkembangan dan penyelidikan terkini dalam bidang kaunseling. Sebanyak 32 gambar telah dipamerkan kepada pengunjung yang hadir sama ada dalam dan luar negara. WCC2025 dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) bermula 24 hingga 26 Februari 2025 dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Antara negara yang hadir adalah delegasi dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Maldives, United Kingdom, Hong Kong dan China.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung termasuklah pameran dan pertandingan eposter penyelidikan. Program PERMATA Remaja juga tidak terkecuali dalam menjayakan persidangan ini. Diharapkan pameran foto ini dapat menampilkan karya fotografi peserta PERMATA Remaja yang merakamkan seribu satu kisah disebalik gambar seterusnya meningkatkan keterlihatan program PERMATA Remaja di mata dunia.