Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News@PERMATA Remaja

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Outdoor Fotografi Siri 1

Kuala Lumpur, 11 Julai 2020 – Tenaga pengajar kelas fotografi telah menjalankan  Aktiviti Night Outdoor Fotografi Siri 1 di sekitar Dataran Merdeka, KL. Seramai 32 orang peserta Kelas Fotografi Program Komuniti GENIUS Remaja telah turun padang untuk menyertai Night Outdoor Fotografi ini. Aktiviti ini telah dijalankan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah pantauan tiga orang tenaga pengajar dengan penekanan terhadap SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamtan Negara (MKN).

Objektif aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan teknik serta penggunaan mode yang sesuai kepada semua subjek yang dipilih untuk penggambaran. Selain itu, aktiviti fotografi di lapangan juga mempunyai kelebihan kepada para peserta di mana para peserta dapat mempelbagai hasil gambar yang ditangkap kerana pelbagai objek boleh dijadikan subjek.

Secara keseluruhan, Aktiviti Night Outdoor Fotografi berjalan dengan lancar dan teratur di samping pematuhan SOP dijalankan iaitu penjarakan sosial, memakai penutup mulut dan pengamalan 3S iaitu elakkan tempat sesak, sempit dan sembang dekat.

Hasil foto yang ditangkap oleh Kartigen (peserta kelas fotografi dari Pusat Komuniti GENIUS Remaja Desa Rejang