Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News @ PERMATA Remaja

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Outdoor Kelas Kecantikan ke Bling Bling Nail Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, Ogos 2020 – Lawatan ke Bling Bling Nail Sdn. Bhd. telah disertai oleh enam orang peserta kelas kecantikan Pusat Komuniti GENIUS Remaja. Lawatan ini telah dipantau oleh pengurus pusat dan tenaga pengajar. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara rawatan kuku tangan dan kaki yang disediakan di premis perniagaan luar.

Objektif lawatan:

  • Menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan berasaskan kecantikan kepada peserta.
  • Menanam sikap suka akan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas.
  • Mengeratkan hubungan tenaga pengajar dengan peserta kelas kecantikan Program Komuniti GENIUS Remaja.

Peserta kelas kecantikan memerhati langkah-langkah yang digunakan sewaktu mendapatkan rawatan refleksologi.

Syazwani (tengah) merupakan tenaga pengajar kelas kecantikan sedang menerangkan cara-cara rawatan kuku yang digunakan di pusat ini.

Seri (Pengurus Pusat Komuniti) turut mendapatkan rawatan kuku di Bling Bling Nail Sdn. Bhd.