Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

News@GENIUS

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

Pertandingan Memasak Sempena Putrajaya Open Day 2019

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2019- Pihak Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan pertandingan memasak bersempena dengan Putrajaya Open Day 2019. Oleh itu, pihak GENIUS Remaja merebut peluang dengan menghantar 3 orang peserta dari kelas kek dan pastri untuk menyertai pertandingan memasak. Penyertaan bagi pertandingan memasak ini terbuka kepada semua sekolah di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.

Pada hari berkenaan, dimaklumkan bahawa dua puluh buah sekolah telah menghantar penyertaan bagi pertandingan ini. Pertandingan ini bermula seawal 9 pagi di kawasan Perbadanan Putrajaya. Tuan Fadzli Yusof merupakan antara juri professional yang dijemput untuk mengadili pertandingan memasak ini. Alhamdulillah, keputusan pertandingan diumumkan dan peserta daripada GENIUS Remaja telah berjaya meraih tempat keempat daripada dua puluh penyertaan.

Pihak GENIUS Remaja berbangga dengan pencapaian peserta GENIUS Remaja dan dikatakan pertandingan ini merupakan pengalaman pertama mereka dalam pertandingan memasak.

Wajah tiga peserta GENIUS Remaja sebelum pertandingan memasak bermula.
Peserta GENIUS Remaja bersama juri-juri professional.
Peserta GENIUS Remaja yang berjaya meraih tempat ke-4 bersama-sama dengan tenaga pengajar, team pengurusan dan juri-juri pertandingan.