Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM KOMUNITI ACTIVE

PANTAI DALAM, 20 September - Program A.C.T.I.V.E (Active Choices Towards Values & Health) yang merupakan sebuah inisiatif pendidikan pemerkasaan kesihatan dan gaya hidup sihat remaja yang bertujuan membolehkan remaja membuat pilihan aktif terhadap kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental. Program ini disasarkan khusus kepada remaja berusia 13 hingga 19 tahun dengan pendekatan interaktif, santai dan menyeronokkan. Ia dilaksanakan dalam tiga siri sesi, setiap satunya membawa tema dan aktiviti tersendiri.

Sesi pertama telah berlangsung pada 20 September 2025 dengan tema “Move With Me”. Pengisian aktiviti melibatkan senaman kecergasan telah disertai oleh peserta PERMATA Remaja bersama jurulatih zumba, explorace serta aktiviti berkumpulan bertempat di PPR Pantai Ria. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan sesi senamrobik serta zumba. Selepas sesi kecergasan, peserta menikmati rehat dan sarapan ringkas sebelum meneruskan aktiviti kedua yang dikendalikan oleh Dr. Najaa. Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan tentang pemahaman gaya hidup sihat melalui perbincangan berkumpulan yang interaktif dan menyeronokkan.

Program diteruskan dengan aktiviti explorace yang dikendalikan oleh pasukan IKRAM Teens. Suasana penuh semangat jelas terpancar sepanjang aktiviti berlangsung. Peserta memperoleh pengalaman yang menyeronokkan malah berjaya menyampaikan mesej tentang kepentingan gaya hidup sihat secara menyeluruh seterusnya membanteras tingkah laku berisiko seperti penggunaan vape. Secara keseluruhannya, Program A.C.T.I.V.E bukan sahaja membimbing remaja ke arah amalan hidup sihat, tetapi juga membina kesedaran tentang tanggungjawab mereka ke atas kesihatan diri sendiri. Diharapkan, #RemajaPilihSihat sebagai satu budaya baharu yang terus dipraktikkan oleh generasi muda.